Wednesday, 5 December 2012

BAJA SAWIT BIOKIMIA TERBAIK DAN BAJA SAWIT KIMIA NPK MESRA ALAM - PREMIUM QUALITY






 BAJA SAWIT SUPER BIOKIMIA MESRA ALAM DAN  BAJA SAWIT SUPER KIMIA BERKUALITI TINGGI GRED A
THE BEST QUALITY OF MIXTURE FERTILIZER 
Pihak syarikat kami Maxleader Trading (M) Sdn Bhd beralamat di Batu Pahat, Johor adalah pembekal baja sawit Biokimia mesra alam dan baja kimia mesra alam yang ekonomi dan menjimatkan untuk tanaman pokok kelapa sawit, getah, padi, kelapa, kopi, sayuran dan tanaman buah-buahan yang lain. Baja sawit yang mempunyai Formula NPK sesuai untuk tanaman kelapa sawit yang memerlukan nutrient yang tinggi.


PRODUK BAJA SUPER BIOKIMIA DAN BAJA KIMIA MESRA ALAM
Baja mesra alam adalah baja campuran NPK yang berkualiti tinggi. Mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tanaman berdaun dan berbuah terutamanya kelapa sawit. Rumusan  BAJA MESRA ALAM yang padat ini dapat menjimatkan kos, masa, tenaga dan mesra alam. 95% pengguna kami telah memberikan maklumbalas sangat berpuashati setelah mendapat hasil yang tinggi dan mereka berterusan menggunakannya serta dibuktikan. Pembaziran dapat dielakkan dan memberi pulangan yang tinggi. Kualiti baja kimia mesra alam ini adalah dijamin dan setiap pembeli boleh menghantar sample untuk ujian dimana-mana makmal yang diiktiraf eperti SIRIM. 


Produk baja kimia pertanian secara campuran ini dianalisa oleh SIRIM dan didaftarkan dengan Kementerian Pertanian dan Asas Tani. Ianya menjimatkan dan sangat berkesan dalam membekalkan nutrient kepada pokok kelapa sawit, getah, padi dan lain-lain tanaman mengikut kadar NPK dan sukatan yang disyorkan.

www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
SEMUA PEKEBUN SAWIT INGINKAN HASIL TINGGI SEPERTI INI DAN PEMBAJAAN BERKUALITI ADALAH PELABURAN UNTUK MASA DEPAN YANG MENJAMIN PENDAPATAN YANG TINGGI.
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
Pokok Sawit yang sihat dan mengeluarkan hasil yang tinggi
Ini adalah kebun kelapa sawit yang menggunakan Baja Super Biokimia Mesra Alam  dan Baja Kimia Mesra Alam(Umur pokok 7 tahun) . Tiada bunga jantan kerana cukup nutrient.
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
Bunga jantan telah dikurangkan dan buah yang besar mula dihasilkan
PENGHASILAN SEBULAN TERTINGGI 5 EKAR 2013- 12.4 MT
PENGHASILAN SEBULAN TERENDAH 5 EKAR 2013 - 7.3 MT
(Anak benih Sime Darby boleh mencapai hasil tertinggi 5 ekar - 20 MT) 

BORANG PEMANTAUAN HASIL SAWIT DAN PEMBAJAAN 
Kami akan beri percuma kepada sesiapa yang berminat melalui email.

KHIDMAT NASIHAT PERLADANGAN KEPADA PEMBELI PRODUK BAJA KAMI. BAGAIMANA HENDAK MENINGKATKAN HASIL TANAMAN KELAPA SAWIT.
Anda boleh bertanya kepada pengguna baja kami dan berapa hasil yang mereka perolehi sebulan. Pendapatan kasar RM7500 sebulan(14 MT) untuk 10 ekar kelapa sawit umur 7 tahun di Felda Palong. Ramai peladang menggunakan baja keluaran kami tanpa was-was.
Jika anda usaha sendiri ladang sawit, anda akan menikmati hasil yang tinggi sekiranya menggunakan baja yang berkualiti tinggi. Pakar Perunding kami berpengalaman dalam perladangan kelapa sawit dan getah di Guthrie dan Sime Darby akan memberi nasihat yang berguna bagaimana untuk memperoleh hasil yang tinggi. PERCUMA

POKOK KELAPA SAWIT HANYA PERLU A B C
AIR, BAJA DAN CAHAYA. Oleh kerana Air dan cahaya , Allah SWT yang beri dan Kita hanya memberinya BAJA YANG BERKUALITI. Insyaallah, tanaman akan mengeluarkan hasil yang luar biasa dari orang lain. 
Adakah anda berpuashati sekiranya ladang sawit 10 ekar anda hanya mengeluarkan 5 mt sebulan bukan di musim melawas? Kami sedia membantu menaikkan hasil sawit anda melebihi 10 mt sebulan untuk 10 ekar terutamanya di kawasan Felda usaha sendiri. Kami dapati ramai daripada peneroka gagal membuat pembajaan secara sistematik dan ada hingga dua tahun tiada pembajaan dilakukan.

---------------------------------------------------------------------------------

Baja Kelapa Sawit:
Super Kimia N- 13%, P - 6%, K - 28%, Mg - 2%, Zeolite - 5%, B - 0.5% dan TE
Super Bio Kimia N- 11%, P - 6%, K - 25%, Mg - 2.5%, Zeolite - 5%, B - 0.5% + TE + 20 % Organik(Palm Decanter)

Cara penggunaan:
1 - 4 tahun         - Super kimia 100 gm - 150 gm sepokok setiap 3 bulan dan Super Bio kimia 200 gm sepokok.
5 tahun ke atas   - Super Kima 180 gm - 200 gm sepokok setiap 3/4 bulan dan Super Bio Kimia 250 gm sepokok.
Tabur 2 - 3 kaki dari pangkal pokok untuk pengambilan nutrient yang optima. Boleh juga ditabur di susunan pelepah untuk pokok yang berusia 10 tahun ke atas.
Kelebihan penggunaan baja ini memberikan nutrient untuk tumbesaran pokok kelapa sawit dan buah yang besar serta berat.

Baja Getah
N - 12%, P - 8%, K - 20%, Mg - 1%, Zn - 10% dan TE

Cara penggunaan
20 kg/HA( 2.5 ekar) setiap 4 bulan
Kadar sepokok - 50 gm untuk jumlah pokok 240 seekar.
Ditabur di antara dua pokok untuk pengambilan nutrient yang optima. Kelebihannya susu getah menjadi pekat dan banyak. Pokok getah boleh sentiasa ditoreh setiap hari.

Baja Padi dan Baja Subur
N - 15%, P- 15%, K- 15%, Mg -3%, Zeolite -5%, B - 0.5% dan TE

Cara penggunaan
20 kg/HA( 2.5 ekar) semusim
Boleh juga dicampur dengan baja subsidi 2kg seekar atau 10 kg seekar tanpa baja subsidi.
Pembajaan semasa padi baru mula hendak membunting dan kelebihannya padi akan lebih besar, berat dan memberi hasil sehingga 50% daripada biasa. Baja ini juga memberi kekuatan kepada pokok padi untuk menampung berat padi sehingga padi masak.

KELEBIHAN BAJA SUPER BIOKIMIA DAN KIMIA MESRA ALAM

üMerangsang aktiviti enzim dalam penghasilan sel.
üMembantu tumbesaran buah dan berat tandan sawit.
üMeningkatkan dan mengimbangi mikronutrien dalam tanah.
üMeningkatkan kandungan klorofil dan kadar fotosintesis.
üMeningkatkan pengeluaran buah dan hasil yang tinggi.
üMenstabilkan pH dan memperbaiki struktur tanah dengan Zeolite.
üBaja import  dan tiada campuran tanah,najis haiwan, batu atau pasir.


www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
Pokok Kelapa Sawit yang sihat  memberikan buah yang besar dan berat
              
Pokok Getah yang memberi hasil susu getah yang tinggi.

Padi yang memberi hasil yang tinggi
Buah durian yang besar, berkualiti dan berisi tebal

Buah kelapa yang besar dan bermutu

Buah rambutan yang berkualiti




Tanaman jagung yang subur dan berkualiti menggunakan baja Super Bio Kimia berkualiti tinggi

 BAJA SAWIT  KIMIA DAN BIO KIMIA 

BAJA SUPER BIO KIMIA MESRA ALAM BERKUALITI TINGGI SESUAI UNTUK SAWIT DAN POKOK BERBUAH

www.bajakimiamesraalam.blogspot.com

GRED A BAJA SUPER BIOKIMIA SAWIT MAX 4
HARGA PROMOSI SEHINGGA 28.02.2014
(Kuantiti tertentu akan diberi Diskaun  )
N- 11%, P - 6%, K - 25%, Mg - 2.5%, Zeolite - 5%, B - 0.5% + TE + 20 % Organik(Palm Decanter)
Baja Super BioKimia Mesra Alam ini dalam bentuk pellet untuk menambah berat buah, kesuburan pokok, peningkatan hasil, memperbaiki struktur dan pH tanah. Material diimport dari Jerman,Kanada, Bolivia, Peru , Ukraine dan Russia.
Kadar sepokok - 200 gm  dan 250 gm sepokok
Satu Tong untuk 80 pokok bagi umur 5 tahun ke atas dengan kadar 250 gm sepokok dan 100 pokok bagi umur bawah 4 tahun dengan kadar 200 gm sepokok. Taburan 4 kali setahun.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BAJA SUPER KIMIA BERKUALITI TINGGI YANG DISYORKAN UNTUK SAWIT DAN POKOK BERBUAH
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com


GRED A BAJA  SAWIT MAX 3
N- 13%, P - 6%, K - 28%, Mg - 2%, Zeolite - 5%, B - 0.5% + TE
Baja pokok kelapa sawit untuk tumbesaran buah kelapa sawit dalam bentuk serbuk.
Kadar sepokok - 150 gm -200 gm 
Satu tong untuk 146 pokok dan taburan 4 kali setahun,
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GRED A BAJA SUBUR MAX 2 UNTUK SAWIT ,POKOK BERBUAH DAN SAYURAN
N - 15%, P- 15%, K- 15%, Mg -3%, Zeolite -5%, B - 0.5% + TE
Baja subur untuk tumbesaran pokok yang seimbang dan tanaman padi supaya hasil padi  lebih  tinggi
150 gm untuk sepokok kelapa sawit dibawah 3 tahun
Satu tong untuk 146 pokok
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

GRED A BAJA GETAH MAX 1
N - 12%, P - 8%, K - 20%, Mg - 1%, Zn - 10% + TE
Baja Kimia Mesra Alam untuk pokok getah bagi pengeluaran susu getah yang tinggi
100 gm sepokok getah 
Satu tong untuk 200 pokok.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


BAJA KIMIA + ORGANIK GRED C
N 10 P 6 K 20 Mg 2.5 B 0.5 + TE + 30% Organik

Kami juga membekal baja kimia NPK ,dengan kadar 70% campur 30 % organik  berbentuk pellet khas untuk tumbesaran buah dan pokok kelapa sawit yang mempunyai tanah dengan pH rendah dari 5 untuk menstabilkan tanah. Baja kimia organik ini akan menyuburkan tanah dengan menggiatkan kehadiran cacing tanah dan pengudaraan dalam tanah. 
Kadar sepokok sawit- 500 gm untuk pokok bawah setahun, 1 kg untuk pokok 1-3 tahun, 1.5 kg untuk pokok dari 4 -6 dan  2 kg sepokok untuk 7 tahun ke atas. .Taburan 4 kali setahun. 
Baja ini disyorkan untuk tanaman kelapa sawit yang luas.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
STANDARD OPERATING PROCEDURES(SOP) UNTUK PEMBELIAN BAJA 

1. Email (En. Zamani) untuk penjelasan dan kuantiti yang diperlukan. 
    Harga baja bergantung kepada kuantiti dan negeri pembeli.
2. Selepas pengiraan dilakukan maka pembeli boleh mendepositkan bayaran ke akaun syarikat.
    Bayaran tunai atau online transfer melalui MAYBANK BERHAD
    Nama :  MAXLEADER TRADING (M) SDN BHD
    No Akaun : 501468148939
   
3. Masukkan alamat email  maxleadertrading@gmail.com sekiranya membuat pindahan online .
4. Pengesahan akan dilakukan melalui bank untuk bayaran yang dilakukan.
5. Penghantaran terus akan dilakukan dalam masa 3 hari dari pengesahan bayaran.
6. Invois penjualan akan diberi semasa penghantaran baja tersebut.



KREDIT BAJA 2014
SYARIKAT KAMI MEMBERI KEMUDAHAN PEMBAYARAN SECARA KREDIT BERKUMPULAN UNTUK KELUASAN 500 EKAR KE ATAS DENGAN 50% DEPOSIT DAN KETUA KUMPULAN DILANTIK MENGURUS SEMUA KUTIPAN. SEMUA PESERTA MESTILAH JUJUR DAN AMANAH. KOS BAJA 10 EKAR= RM2500 SETIAP 4 BULAN.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                               Baja Super Kimia berbentuk serbuk yang mudah ditabur dan cepat diambil oleh tanaman

                                                                          PENGGIRAAN PERBANDINGAN

Perbezaan Penggunaan BAJA MESRA ALAM dan BAJA X untuk keluasan 4 ekar (1 - 4 tahun pokok kelapa sawit).
Perbezaan
Baja Mesra
 Alam
Baja X
Kadar
1 tong (22kg)
1 Bag (50Kg)
Harga
RM 385
RM 140
RM/pokok
RM 3.50
RM 5.60
Sepokok
200 gm
 2.0 kg
Kekerapan setahun
3 kali
3 kali
Kos 1 ekar
RM 192.50
RM 308.00
Kos 4 ekar
RM 770.00
RM 1,232.00
KOS SETAHUN
RM 2,310.00
RM 3,696.00

PENJIMATAN SEBANYAK  37.5% UNTUK KOS BAJA tidak termasuk kos buruh.

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN NPK DAN TRACE ELEMENT PADA POKOK KELAPA SAWIT
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kekurangan nutrien N - Nitrogen
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com

                                Kurang N- Daun kekuningan disemua bahagian daun serta kurang tandan

Kekurangan nutrien P Phosphorus
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com

                    Kurang P-  Pokok bantut dan buah sawit kecil serta banyak bunga jantan

Kekurangan K - Potassium
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
              Kurang K- Hujung daun kering dan buah sawit kecil serta banyak bunga jantan

Kekurangan Mg- Magnesium
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com

                           Kurang Mg- Daun kuning dibahagian pelepah bawah serta banyak bunga jantan
Kekurangan B -Boron
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
                                       Kurang B- Daun sawit tidak sihat

Kekurangan Cu-Copper
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
                                      Kurang Cu- Daun kering warna coklat

Kekurangan Mn- Manganese
www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
                                  Kurang Mn- Daun kuning dan mengering

PENYAKIT GANODERMA YANG MENJADI CABARAN KEPADA PELADANG KELAPA SAWIT
Sebab utama penyakit Ganoderma adalah kulat yang dibawa oleh najis haiwan melalui air, keasidan tanah  dan tiada perlindungan awal pokok sawit sejak mula ditanam di kawasan mempunyai spora ganoderma. 

www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
Pokok kelapa sawit tumbang kerana penyakit Ganoderma

www.bajakimiamesraalam.blogspot.com
Kulat Ganoderma yang bahaya kepada pokok kelapa sawit

PRODUK ARBUSCULAR MYCORRHIZAL FUNGI
Active Ingredients
Acaulospora spp.
Gigaspora spp.
Glomus spp.
Scutellospora spp.

Produk Mycorrhiza adalah digunakan untuk melindungi dan merawat pokok kelapa sawit dari penyakit Ganoderma yang sekarang banyak mengakibatkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada syarikat perladangan di Malaysia dan Indonesia. Sebanyak 2 juta Ganoderma spores dikeluarkan dalam masa 24 jam dan kita wajib mengambil langkah pro-active untuk mengawalnya. Tabur mycorrhiza 500 gm di dalam lubang semasa tanam semula pokok sawit untuk perlindungan dan merawat pokok matang yang dijangkiti dengan 2 kg mycorrhiza  sekeliling pokok kemudian ditimbus dengan tanah.



ATAU KLIK DIBAWAH

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PELUANG PERNIAGAAN AGROBUSINESS
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nasihat dan tunjuk ajar akan diberikan kepada individu berminat dan hanya  memerlukan modal perniagaan dibawah RM30,000 sahaja. Baja kimia ini adalah untuk menambah penghasilan dan menjana pendapatan yang tinggi untuk pekebun kecil dan sederhana. Individu atau syarikat kecil yang berminat ini akan dilantik sebagai ejen daerah atau negeri seluruh Malaysia. Mereka yang dilantik akan dibekalkan baja berbagai jenis NPK dan berupaya memasarkan baja ini kepada pekebun-pekebun untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi dan mempunyai strategi pemasaran yang berkesan boleh menghubungi kami melalui email atau talipon. Belian secara pukal dengan minima 100 tong sebulan boleh hubungi terus melalui email atau talipon dan harga pukal akan diberikan.Flyers untuk pemasaran disediakan oleh syarikat.


AKTIVITI SYARIKAT:
Tarikh: 5 Feb 2014 , demo pembajaan di Felda Palong 2 kepada pengguna baru dan cara pembajaan yang betul.
Tarikh: 30 Jan 2014, Lawatan ramah mesra dan penghantaran stok ke Stokis di Maran.
Tarikh: 16 Nov 2013 , mengadakan lawatan ladang sawit di Felda Palong 2, melihat hasil sawit dan keadaan pokok yang bertambah subur selepas menggunakan baja Super Bio Kimia. Perbezaan berat buah yang tinggi. Hasil diperolehi 13.5 tan untuk 10 ekar dibandingkan hanya 7 tan pada 6 bulan dahulu. 
Tarikh: 2 Ogos 2013, menlaksanakan trial plot di Pagoh untuk melihat kecepatan pengambilan nutrient.
Tarikh:  31 Julai 2013 , mengadakan ceramah penggunaan mycorizza di syarikat perladangan kelapa sawit persendirian di Kluang, Johor untuk mengatasi masalah penyakit ganoderma yang teruk.
Tarikh: Bulan Februari 2013,  diadakan sehari bersama pelanggan RISDA dalam mempromosikan produk Baja Mesra Alam dikalangan penanam kelapa sawit dan getah di daerah Segamat.
Tarikh: 28 hb Januari 2013 - Perjumpaan bersama pelanggan Johor Plant Tech Sdn Bhd anak syarikat PPNJ& Perbadanan Islam Johor di Pusat Pertanian Air Hitam, Kluang. Promosi tanaman tisu didik, benih kelapa sawit, getah dan Baja Mesra Alam NPK.
Tarikh: 10 hb Januari 2013 - Pemeriksaan ladang mini estate di Bukit Kepong dengan keluasan 350 ekar dan penghasilan buah yang konsisten dengan melakukan " The Best Planting Practices". Penanam menggunakan Baja Mesra Alam dan Baja Subur untuk meningkatkan hasil tanaman.
Tarikh: 28 dan 29 hb Disember 2012 - Pameran produk Baja Mesra Alam di Karnival Pertubuhan Peladang Negeri Johor bersama Johor Plant Tech Sdn Bhd anak syarikat PPNJ dan Perbadanan Islam Negeri Johor. Dirasmikan oleh Datuk Johari Baharom, Timbalan Menteri Kementerian Pertanian  dan Asas Tani di MRSM Muar.
Tarikh: 2 Sept 2012, pembajaan di sawah padi dengan mencampurkan baja mesra alam dan baja subsidi. Padi subur dan hasil tinggi kerana baja mesra alam mengandungi nutrient Silica.


Baja import diedarkan oleh:

MAXLEADER TRADING (M) SDN BHD
No. 77, Jalan Sri Sulong,
Taman Industri Sri Sulong,
83500 Batu Pahat,Johor, Malalaysia 

Email:  maxleadertrading@gmail.com

( Disebabkan oleh penipu-penipu yang membuat panggilan talipon tanpa tujuan, no talipon dikeluarkan dan hubungi kami guna email) Penghantaran akan dibuat selepas pembayaran dilakukan dan pengesahan bank akan dilakukan).
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NAMA-NAMA STOKIS KAMI DI SELURUH MALAYSIA  SEPERTI DIBAWAH:

Johor   : Baja Kelapa Sawit , Getah dan Sayuran
1. Aspari Enterprise (Pusat Timbang Buah) , Pt Hj Ibrahim, Batu Pahat(AKTIF)
2. Pusat Timbang Risda, Bukit Kepong, Muar(AKTIF)
3. Penghantaran terus.

Melaka dan Negeri Sembilan: Baja Kelapa Sawit dan Getah 
1. En.Roslan Bin Hamid , Felda Palong 2/Bahau/Serting/Semua Felda Palong/Rompin( AKTIF)


Selangor: Baja Kelapa Sawit dan Padi
1. Penghantaran terus

Perak Selatan: Baja Kelapa Sawit ,Jagong, Padi, Getah dan Sayuran
1. Penghantaran terus.

Kedah, Perlis, Penang, Perak Utara:  Baja Sawit, Baja Getah dan Baja Padi
1. USN Enterprise, Seberang Prai(AKTIF)

Pahang: Baja Sawit, Baja Subur dan Baja Getah
1. En.Shahril, Marketing Representative
2. USN Enterprise, Maran, Pahang(AKTIF)
3.Penghantaran terus untuk tempahan 50 drum ke atas.

Terengganu; Baja Sawit dan Getah
1. Penghantaran terus lebih 50 drum.

Kelantan: Baja Sawit, Padi dan Getah
1. Penghantaran terus lebih 50 drum.

Sarawak dan Sabah: Baja Sawit dan Getah
1. Penghantaran terus menggunakan kontainer dengan minimum kuantiti diperlukan 200 drum .

Sumatera, Indonesia
1. Penghantaran terus menggunakan kontainer dengan minimum kuantiti diperlukan 500 drum. 














No comments: